Jawab soalan-soalan berikut
- Buku yang
__________ itu tidak akan habis dibacanya.
A bertimpa-timpa
B bersepah-sepah
C bertimbun-timbun
D bergolek-golek
- Kereta
yang dipandu laju itu telah________ pembahagi jalan.
A menyentuh
B menyondol
C menghimpit
D melanggar
- Mukris dan
Suresh menggantungkan lukisan-lukisan itu di __________ .
A bilik mempamerkan
B bilik pameran
C bilik pamer
D bilik di pamer
4. Abang berdiri sambil _________ badannya ke daun pintu.
A menyandarkan
B menghimpitkan
C meletekkan
D menduduki
5. Beberapa orang pakar _____________telah dipanggil untuk mengenal
pasti punca wabak itu.
A penerbitan
B perkhidmatan
C perubatan
D pentadbiran
6. Dia belum minum _________ air mahupun
makan _____________nasi sejak
semalam.
A sesudu…….sepinggan
B seteguk…….sesuap
C segelas……seperiuk
D setitis…….seketul
7. Ketua Pasukan
Bola Keranjang sekolah_______ supaya warna pakaian seragam pasukan itu ditukar.
A mengusul
B mengusuli
C mengusulkan
D diusul
8. Beberapa _________ surat di atas meja itu belum dibacanya.
A naskhah
B pucuk
C keping
D ketul
9. Oleh sebab tidak mampu, mereka sekeluarga tinggal di____________
A rumah api
B rumah adat
C rumah kilat
D rumah rehat
10. Ibu ayam sedang _________ telur-telurnya.
A mengeramkan
B memanaskan
C menutup
D melindungi
11. Saya _______ kamu dapat bersabar menerima dugaan ini.
A jemput
B sila
C harap
D tolong
12. Wanita itu mengelek anaknya di _________pinggangnya.
A belakang
B hadapan
C sisi
D atas
13. Puan Chia membeli ____________ ikan di pasar.
A bebola
B bebuli
C jejari
D kekuda
14. Sungguh tekun Puan Hamimah _________ songket.
A menyulam
B menjahit
C menganyam
D menenun
15. Hamdan selalu datang lewat ke sekolah. _________, dia ditegur oleh cikgu.
A Sejak itu
B Namun begitu,
C Jika begitu
D Oleh sebab itu
16. Setelah siap melakukan ___________ pada wajah pengantin itu,
jurusolek itu pun pulang.
A tatatertib
B tatarias
C tatabahasa
D tatasusila
17. Penduduk Kampung Sejati bekerjasama ________ untuk mengadakan
majlis itu.
A bagai lebah menghimpun madu
B bagai itik pulang petang
C bagai pinang dibelah dua
D bagai cincin dengan permata
18. Pilih erti kata bagi kata yang bergaris.
Jangan
biarkan lalat menghinggapi makanan.
A halau
B tegah
C usah
19. “ Selepas ini tibalah giliran ___________ untuk menyampaikan
ucapan,” kata pengurus peserta itu kepada Alia.
A kau
B nya
C mu
D ku
20.Kakak mengisi masa lapang dengan mengambil upah________ renda
alas meja.
A mengait
B menjahit
C menyirat
D menenun
21. Air paip di bilik mandi itu ________kerana tidak ditutup dengan
ketat.
A melimpah
B mengalir
C meleleh
D meruap
22. “Usahlah kamu percaya akan perkara yang _________ itu, Amin. Itu
cerita tahyul, tau,” ujar nenek
Kiah.
A carut-marut
B karut-marut
C kelam-kabut
D sangkut-paut
23. Faridah _________ melihat adiknya mencangkukkan umpan cacing
pada mata kail itu.
A geli-geleman
B gopoh-gapah
C geliang- geliut
D guling-gantang
24. Kita harus ________ dengan kaum yang lain demi mewujudkan
perpaduan.
A besar hati
B baik sangka
C bulat fikiran
D banyak mulut
No comments:
Post a Comment