CELIK BAHASA MELAYU

CELIK BAHASA MELAYU

PENULISAN

BAHAGIAN A


1. Encik Ali sedang memilih baju yang hendak dibeli    dengan teliti agar bersesuaian dengan saiz badannya.
2. Puan Aini mengukur baju untuk anaknya mengikut saiz yang sesuai agar ia dapat memakai baju  dengan selesa.
3. Puan Salmah sedang memerhati gelagat pelanggan  yang membeli belah di pasar raya itu.
4. Encik Ismadi dan isterinya membayar harga barangan yang dibelinya di kaunter pembayaran kepada seorang pekerja perempuan.
5. Amira sedang mengira harga barangan yang dibeli oleh pelanggan dengan berhati-hati agar tidak berlaku kesilapan.



1. Beberapa orang ibu bapa sedang beratur untuk mendaftar anak mereka di meja pendaftaran.
2. Seorang bapa  mengiringi anaknya yang sedang menarik beg masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.
3. Puan Farha cuba memujuk anak perempuannya yang sedang menangis di dalam kelas kerana ketakutan.
4. Cikgu Yusof berbincang dengan Encik Halim dan Puan Husna mengenai program yang akan dijalankan oleh pihak sekolah melibatkan tahun satu.
5. Puan Devi sedang menyapu sampah dengan tekun menggunakan penyapu di luar kelas tahun satu. 

BAHAGIAN B

SOALAN 1
Format Surat Kiriman Rasmi
Pendahuluan:
  • Nama dan alamat pengirim/nama dn alamat penerima/tarikh/tajuk
-Idea-idea penting
1. Menyatakan tujuan menulis surat- mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang percetakan.
 2. Menyatakan tujuan lawatan-memperoleh/menambah ilmu pengetahuan tentang cara/proses membuat percetakan.
3. Menyatakan butiran lawatan- tarikh/masa/cara     
     pergi/bilangan murid

4. Menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil-berjanji menjaga keselamatan murid

Penutup
-permohonan dipertimbangkan
-ucapan terima kasih
-tandatangan dan jawatan pengirim

SOALAN 2
Karangan Fakta
Idea cadangan
1. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan
2. Mengingatkan kembali pelajaran yang telah diajar oleh guru pada masa lalu
3. Mendapat kemahiran menjawab soalan peperiksaan
4. Mengisi masa lapang dengan aktiviti pembelajaran
5. Memantapkan lagi penguasaan kemahiran
6. Menambahkan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan

SOALAN 3
  • Format Syarahan
  • Mendidik amalam berjimat
  • Jauhi amalan boros
  • Kegunaan pembelajaran
  • Kegunaan masa susah
  • Keunaan masa tua
  • Untuk perubatan
  • Membantu keluarga
  • Untuk beribadat-menunaikan haji/zakat/sedekah
  • melancong

BAHAGIAN C (1)



CONTOH JAWAPAN

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah menghargai masa seperti penulis yang memanfaatkan ruang dan peluang yang ada dengan mengunjungi pelbagai tempat yang menarik. Seterusnya, kita mestilah bersyukur seperti penulis yang kagum akan keindahan alam semula jadi. Selain itu, kita perlu menghormati ayah seperti penulis yang meminta kebenaran ayahnya untuk mandi. Di samping itu, kita harus bertindak bijak seperti penulis membeli barang-barang yang perlu sahaja. Akhir sekali, kita sewajarnya bersikap baik hati seperti penulis yang membeli cenderamata untuk kawan-kawannya.

BAHAGIAN C (2)


CONTOH JAWAPAN

Nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah menghargai keindahan alam seperti Zaleha yang mengingati suasana damai di kampung. Seterusnya, kita hendaklah peramah seperti sikap penduduk kampung yang mudah bergaul. Selain itu, kita perlu baik hati seperti Zaleha yang membeli cendera mata untuk kawan-kawan. Di samping itu, kita sewajarnya rajin seperti Zaleha yang memetik dan mengutip buah-buahan. Akhir sekali, kita harus menghargai budi baik orang seperti Zaleha yang mengucapkan terima kasih atas layanan Afiqah sekeluarga.


























No comments:

Post a Comment